PENGANJUR Le Tour de Langkawi (LTdL) 2023 memandang serius insiden kemalangan membabitkan sebuah van membawa tiga pelumba pasukan dan seorang staf Giant Cycling Team di Jeli, Kelantan pagi tadi.
Pengerusi Jawatankuasa Pelaksana LTdL 2023, Datuk Ahmad Shapawi Ismail berkata, pihaknya telah mengambil tindakan proaktif sejurus insiden itu berlaku - kira-kira 26.3 kilometer (km) dari venue pelepasan di Universiti Malaysia Kelantan (UMK) Kampus Jeli.
"Jawatankuasa Pelaksana LTdL 2023 ingin memaklumkan kemalangan berkenaan berlaku selepas pemandu hilang kawalan di satu selekoh selepas terlajak daripada starting line di UMK Jeli.
"Jadi van itu telah berpatah balik untuk menuju ke UMK Jeli di KM 34 menuju ke Baling. Berlaku sedikit kecuaian dan perkara ini kita tidak boleh diambil mudah.
"Laporan polis telah dibuat di IPD (Ibu Pejabat Polis Daerah) Jeli dan pemandu terlibat telah ditukar," katanya dalam sidang akhbar di Baling, Kedah sebentar tadi.
Terdahulu, Ketua Pegawai Operasi LTdL 2023, Emir Abdul Jalal mengesahkan van yang membawa pasukan daripada China itu terbabas lalu terbalik ketika melaui zon neutral di Jeli.
Insiden itu berlaku ketika hujan renyai sebelum bermulanya Peringkat 3 LTdL 2023 dari Jeli ke Baling yang melibatkan laluan perlumbaan sejauh 183.1km.
Tiga pelumba yang terlibat ialah ialah Lin Chuanyang, Wang Zichen dan Huang Junlei selain seorang pemandu, Mohd Mazuan Mansor dan seorang staf Giant Cycling Team, Chang Yunhao.
BACA: Van bawa tiga pelumba LTdL 2023 terbabas
"Tiga mangsa telah dibawa ke Hospital Jeli, manakala dua lagi mangsa menerima rawatan awal di tempat kejadian. Tiada sebarang kecederaan serius," jelasnya.
Sementara itu, Pengurus Giant Cycling Team, Song Guo Qiang berkata, beliau masih menunggu penjelasan pihak penganjur berhubung insiden yang berlaku.
"Saya bukan sahaja risaukan nyawa tiga pelumba saya, tetapi pemandu kami. Bila dimaklumkan tiada kemalangan jiwa dan tiada kecederaan serius, saya lega kerana nyawa adalah lebih penting.
"Memang saya berasa kesal kerana keadaan seperti amat jarang berlaku. Giant Cycling Team sudah lama menyertai LTdL kerana saingan ini adalah antara perlumbaan yang terbesar di Asia," ujarnya. - Sinar Harian
Sinar Harian
Mon Sep 25 2023
Polis mengawal keadaan trafik ekoran kemalangan membabitkan sebuah van rasmi yang membawa muatan milik Giant Cycling Team pada laluan perlumbaan peringkat ketiga LTdL Malaysia 2023 dari Jeli ke Baling, 25 Sept 2023. --fotoBERNAMA
Filem luar tangguh tayangan, The Experts dan Sheriff jadi pilihan
Penangguhan tayangan beberapa filem antarabangsa di pawagam baru-baru ini telah memberi peluang kepada filem-filem tempatan untuk menyinar.
India bawa pulang 10 tan emas dari Britain - Laporan
India adalah antara pemegang rizab emas terbesar di dunia selain menjadi pengguna kedua terbesar logam berharga itu.
21,517 jemaah kini berada di Mekah, tumpu ibadat menjelang hari wuquf
Syed Saleh memaklumkan jemaah yang masuk ke Madinah sebelum ini juga sudah berada di Mekah.
62 jemaah haji jatuh sakit, paling ramai akibat jangkitan paru-paru
Kesemua jemaah yang sedang dirawat itu berada dalam keadaan stabil.
Pantau Agenda Reformasi: Hari Tanpa Tembakau: Melindungi Generasi Masa Depan
Ikuti kupasan Pengarah Urusan Persatuan Kanser Kebangsaan Kebangsaan Malaysia (NCSM), Dr. Murallitharan Munisamy, mengenai aspek kesihatan bersempena Hari Tanpa Tembakau yang disambut pada 31 Mei setiap tahun.
Berlangsung dalam dua siri, SIBS 2024 sasar nilai transaksi sebanyak RM7 bilion
Selangor International Business Summit (SIBS) 2024 menyasarkan potensi nilai transaksi sebanyak RM7 bilion pada tahun ini, meningkat daripada RM6.12 bilion pada tahun sebelumnya.
Jangkitan paru-paru antara punca ramai jemaah haji dirawat di hospital
Seramai 62 jemaah haji Malaysia kini sedang menerima rawatan di Pusat Rawatan Lembaga Tabung Haji (TH) dan Hospital Arab Saudi.
Google, Magic Leap bekerjasama untuk pengeluaran produk realiti terimbuh
Kerjasama ini akan menggabungkan kepakaran mereka dalam perkakasan dan kepakaran Google dalam platform.
Imej 'All eyes on Rafah' dikongsi 44 juta kali dalam talian
Imej dijanakan kecerdasan buatan (AI) yang bertulis 'All eyes on Rafah' dikongsi lebih 44 juta kali.
Malaysia mampu kekal peserta utama semikonduktor global
Terdapat kira-kira 75 kilang fabrikasi semikonduktor (fabs) di Asia Pasifik, dan Malaysia menempatkan lapan daripada kilang-kilang ini, menunjukkan kedudukan penting negara dalam landskap semikonduktor serantau.
LTdL 2023: Carr juara keseluruhan, Syritsa ungguli peringkat akhir
Simon Carr melakar sejarah menjadi atlet berbasikal pertama British memenangi gelaran Juara Keseluruhan (Jersi Hijau) perlumbaan jelajah berbasikal berprestij di Asia, Le Tour de Langkawi (LTdL) 2023.
LTdL 2023 : De Kleijn catat kemenangan sekali lagi
Pelumba Tudor Pro Cycling Team Arvid De Kleijn merangkul kemenangan peringkat kali kedua, pada perlumbaan Le Tour de Langkawi (LTdL) 2023.
LTdL 2023: Carr dedikasi kemenangan peringkat 'queen stage' buat datuknya
Pelumba EF Education-Easypost, Simon Carr, muncul juara perlumbaan Peringkat 5, Le Tour de Langkawi (LTdL) 2023 hari ini.
Penganjur dedah punca insiden van bawa pelumba LTdL terbabas
Kemalangan berlaku selepas pemandu hilang kawalan di satu selekoh selepas terlajak daripada starting line di UMK Jeli.
LTdL 2023: Peringkat ketiga milik Jackson
Pelumba pasukan Bolton Equities Black Spoke, George Jackson mempamerkan kayuhan bertenaga untuk menjuarai perlumbaan Peringkat Ketiga jelajah Le Tour de Langkawi (LTdL) 2023, dari Jeli ke Baling.
De Kleijn kuasai peringkat pertama LTdL 2023
Pelumba Tudor Pro Cycling Team, Arvid de Kleijn menjuarai peringkat pertama LTdL 2023 dari Kerteh ke Dataran Shahbandar, Kuala Terengganu.
LTDL 2023: Martin Lopez mahu balas kepercayaan Astana
Pelumba pasukan berstatus WorldTeam, Astana Qazaqstan Team, Harold Martin Lopez menyasarkan untuk memperbaiki pencapaian di pentas LTdL 2023.
LTdL 2023: Pasukan tiba di Terengganu, pemburuan jersi hijau bermula
Bahang penganjuran LTdL tidak pernah terpadam sebelum acara kayuhan itu bermula esok hingga 30 Sept ini.
LTdL 2023: Skuad kebangsaan intai jersi putih
Skuad berbasikal kebangsaan menyasarkan untuk menyambar jersi putih (pelumba terbaik Asia) pada perlumbaan jelajah berbasikal berprestij di Asia, Le Tour de Langkawi (LTdL) 2023, bermula Sabtu ini.
LTdL: KBS mohon syarikat korporat beri jawapan tajaan secepat mungkin
Kementerian Belia dan Sukan (KBS) menyeru syarikat korporat yang berminat untuk menaja perlumbaan Le Tour de Langkawi (LTdL) 2023 untuk memberi keputusan penajaan secepat mungkin.